Kau kata di permulaan
Kau malukut di tepi gantang cuma
Dan aku bertekad merentasi perjalanan
Demi cinta kita
Berpaut secebis potensi yang ku pasti kau miliki
Rupanya sukar perjalanan ini
Jatuh, bangun,
Tersungkur dan jatuh lagi
Tetap digagahi
Dengan hijrah sinar baru menerjah
Sayangnya kau cepat alpa
Kau akur dengan godaan menara
Sedangkan aku masih termengah
Dengan jatuh bangun perjalanan semalam
Terkapa..
Terkapa..
Pautan ku rapuh rupanya
Hati dan cinta berkecai
Ku kaut, ku cantum tinggalan
Tak lagi sama
Tampak nyata serpihan di sini sana
Aduhai...
Ke manakah hala tuju?
Seusia ku diulit cengkaman
Di persimpangan dan jurang
Yang tak pernah terduga
Sanggup kau bawa
Berpatah bagai meminggir maruah
Berterus bagai menggadai kepercayaan diri
Ntah apalah asasnya
Kita teruskan jua
Mungkinkah kerana kita manusia
Terkadang tersadung langkahnya
Sampai kini
Perjalanan harian dengan tawa dan resah
Sering diterjah mimpi ngeri semalam
Keindahan bagai persinggahan
Antara mimpi-mimpi yang melelahkan emosi
Mengikis dasar cinta dan kasih
Apakah masih kita rasa?
Penantianku kini berharian
Bilakah waktunya?
Apakah kan tiba?
Giliran aku dibelai manja
Tanpa perlu meresah setiap perjalanan kehidupan.