Tuesday, August 30, 2005

sandiwara

hati kacau
dengan penangan
perancangan manusia
yang cetek ilmu dan iman
lalu melambakkan peninggalan
yang telah dipertanggungjawabkan
dengan pemakaian topi
seorang suami

hati kacau
kerana tak menyangka
secetek itu ilmu dan iman
yang mengikis sifat malu manusia
menitip perlakuan yang terbenak dari hati haiwan

manusia
kau sangka kau bijak dan menang
dalam sandiwara dan tipu helah dunia
tapi dunia fana...
sampai bila kan kau ketawa dengan sandiwara?

No comments: